Khamis, 12 Julai 2012

BERUBAHKAH POLITIK PATANI SETELAH DEN TOHMEENA MENJADI SENATOR?


EDISI KHAS RAKYAT ISLAM PATANI
BICARA SEMASA DALAM ISU PATANI
BERUBAHKAH POLITIK PATANI SETELAH DEN TOHMEENA MENJADI SENATOR?

Den Tohmeena atau nama Islamnya Zainal Abidin, ialah anak ulamak besar Patani yang mati dibunuh oleh kerajaan Thai, Tuan Guru Haji Sulong. Untuk mengenali Tuan Guru Haji Sulong lebih dekat lagi, kita harus mengambil kira ulamak besat lagi masyhur ini ialah adik ipar kepada Allahyarham Yang Berbahagia Datuk Haji Mohammad Nor, bekas Mufti Besar Negeri Kelantan.

Den Tohmeena telah memenangi pilihanraya Senator yang berlangsung kelmarin, 4hb. March 2000. 6 orang calun bertanding, 5 orang Islam dan seorang Siam Buddha. Calun Siam, Khun Suchart, juga turut menang satu dari dua kerusi bagi Wilayah Patani, di mana orang Islam/Melayu merupakan penduduk majoriti (85% Islam/Melayu).

Kemenangan Den memanglah diduga sejak awal lagi berdasarkan (1) Beliau seorang bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, bekas Ahli Parlimen, dan Timbalan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Patani (2) Beliau mempunyai harakah politik yang tersusun rapi dikenali dengan nama KumpulanWahdah (3) Beliau dilihat sebagai penyambung kepada cita-cita ayahanda beliau, Tuan Guru Haji Sulong yang menuntut supaya orang-orang Melayu/Islam diberi hak untuk berkerajaan sendiri (otonomi) (4) Sokongan secara sulit melalui saluran atau network bawahtanah abangnya, Amin Tohmeena, yang kini berada dalam buangan di Sweden. (5) Beliau mendapat liputan pablisiti meluas di media massa ketika pencalunannya digugurkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Thailand, di mana Mahkamah Rayuan telah mengesahkan kelayakan beliau sebagai calun.

Tetapi kemenangan Khun Suchart membingungkan banyak pihak. Di manakah kesilapan orang-orang Melayu Patani hingga membolehkan Khun Suchart, seorang Siam Buddha menjadi wakil bagi orang-orang Islam? Sedangkan orang-orang Patani terkenal sebagai orang-orang alim dan warak. Apapun soalan, keputusan pilihanraya kelmarin sudah terjawab. Patani mempunyai dua orang Senator 鈥?seorang Melayu/Islam dan seorang Siam Buddha.

Politik Patani adalah unik dan tidak boleh disamakan dengan politik Malaysia atau mana-mana negara Islam. Pada lahiriah sahaja Siam menjajah bumi Patani secara total, pada hakikatnya tidak. Majlis Agama Islam Patani adalah merupakan 鈥淜erajaan鈥?dalam Kerajaan Thai. Walaupun Patani tidak mendapat status otonomi, tetapi dominasi Majlis Agama Islam Patani ke dalam masyarakat Melayu Patani adalah utuh dan kemas. Hal ini berlaku sejak Almarhum Haji Sulong menjadi Yang Di Pertuanya sebelum mati dibunuh pada tahun 1954. Selepas Haji Sulong, anaknya Amin menjadi Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Patani untuk beberapa penggal. secara pemilihan. Jawatan ini bagaimanapun dicabar oleh seorang tokoh ulamak bernama Ustaz Nik Abdul Rashid, sepupu kepada adik-iparnya, Nik Abdul Malik Sulaiman (abang kepada Nik Mahmud Sulaiman, Ahli Parlimen Patani sekarang (Parti Harapan Baru, pimpinan Jeneral Chavalit). Nik Rashid telah ditembak mati. Bukti menunjukkan Amin terlibat dalam pembunuhan tersebut, lalu pihak berkuasa Siam mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Amin melarikan diri ke luar negeri, dengan mendakwa Siam hendak membunuhnya sama saperti almarhum ayahnya, Haji Sulong.

Ahli Jawatankuasa Pusat Majlis Agama Islam Patani adalah dipilih, bukan dilantik saperti di Malaysia atau luar negeri. Amin menjadi Yang Di Pertuanya sejak tahun 1964 hingga 1978. Dia melarikan diri ke luar negeri, bukan sahaja kerana hendak ditangkap oleh pihak berkuasa Thai tetapi juga kerana pemberontakan yang dianjurkan oleh Ustaz Karim Hassan, seorang tokoh ulamak Patani yang terkenal. Pada tahun 1960, Amin dan Ustaz Karim, seorang Tok Guru sekolah agama (pondok) pernah aktif di dalam PAS, telah menubuhkan sebuah gerakan bawahtanah bagi merebut kekuasaan politik (kemerdekaan) secara revolusi bersenjata bernama Barisan Revolusi Nasional atau lebih dikenali dengan nama BRN. Amin menjadi Presiden BRN dan Ustaz Karim menjadi Setiausha Agung BRN. Pemberontakan ini dipimpin oleh Lukman Iskandar, bekas Setiausha Politik Amin yang juga seorang pemimpin gerila BRN.

Majlis Agama Islam Patani menguasai semua sekolah agama, mesjid dan tadika. Selain dari itu majlis juga mempunyai dana terkumpul dari zakat, fitrah, sumbangan dari dalam dan luar negeri, serta juga kerajaan Thai. Majlis juga mempunyai hak ke atas nikah kahwin, harta wakaf, baitulmal, dll. Majlis juga mempunyai 鈥渂ank鈥?sendiri terkenal dengan nama Koperasi Islam Patani Berhad yang berdiri gagah di bawah pengelolaan Den Tohmeena. Anggota majlis yang dipilih ialah 32 orang, kebanyakan adalah ulamak-ulamak besar Patani yang berkelulusan dari negara Arab, Malaysia dan Indonesia. Mereka juga kebanyakannya mempunyai sekolah agama sendiri.

Pengaruh ulamak Patani dapatlah dilihat sebagai cenderong ke arah politik ala-PAS di Malaysia. Ramai orang-orang Siam Buddha dan Melayu yang berpendidikan Siam mempunyai fikiran bahawa politik dan agama harus diasingkan. Tetapi tidak bagi para ulamak Patani yang mempertahankan bahawa politik dan agama haruslah berintegrasi.

Majlis Agama Islam Patani adalah satu entiti pentadbiran dan pengurusan; manakala Kumpulan Wahdah merupakan organisasi politik yang unggul di Patani. Keduanya saling berkait dan mempunyai ikatan kemas. Sekiranya Den tewas, artinya Majlis Agama Islam Patani juga tewas dan kecundang. Di belakang Gerakan Wahdah sebenarnya ialah rangkaian (network) Amin Tohmeena, yang disingkirkan dari BRN oleh Ustaz Karim dan penyokong-penyokongnya. Amin bagaimanapun masih berteriak di luar negeri bahawa dia adalah Presiden BRN yang sah apabila Ustaz Karim meninggal dunia pada tahun 1997.

Pihak berkuasa Siam juga tahu bahawa Kumpulan Wahdah adalah kumpulan serpihan BRN yang setia kepada Amin. Tetapi pada situasi ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebijaksanaan Den dan pengikut taksub Amin, telah menjadi harakah politik yang kuat. Tanpa sokongan Wahdah, Parti Harapan Baru pimpinan Jeneral Chavalit tidak akan menjadi kerajaan. Wahdah juga telah berjaya menonjolkan Wan Mohammad Nor Mattha hingga beliau menjadi Menteri Pengangkutan dan Telekomuniskasi; dan kini beliau menjadi Speaker Parlimen Thailand. Orang-orang Islam/Melayu adalah pengimbangan kepada politik Thailand. Mana-mana parti politik di Thailand, jika berhasrat menjadi kerajaan haruslah mendapat sokongan dari orang-orang Melayu/Islam. Kumpulan Wahdah merupakan kumpulan politik yang kemas dan unggul. Sebab itu, Amin, yang kini berada dalam buangan di Sweden tidak habis-habis membuat pengumuman untuk pulang ke Patani sebagai Ketua Kerajaan otonomi, atau setidak-tidaknya sebagai Sheikhul Islam (Ketua Agama Thailand).

Hasrat Amin untuk pulang ke tanahair bagaimanapun tergugat apabila pihak berkuasa Thailand menawarkan perundingan damai kepada BRN pada tahun 1992. Bertempat di Hotel Hilton International Kuala Lumpur, pada 28 April 1992, wakil Ustaz Karim dikenali dengan nama Cikgu Bakar, telah menandatangani dokumen damai genjatan senjata dengan pihak Tentera Bahagian Empat. Pada 8 April 1995, bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Ustaz Karim telah menghantar Lukman Iskandar sebagai Ketua Delagasi BRN untuk menandatangani dokumen damai dengan Tentera Bahagian Empat, yang diwakili oleh Timbalan Panglimanya, Jeneral Chailempol Chareonjin. Ustaz Karim pulang ke Patani dengan PLAN DAMAI. Tetapi kerana udzur (sakit), beliau dibawa kembali ke Malaysia untuk rawatan

Den Tohmeena bersetuju menerima PLAN DAMAI yang dirangka oleh Ustaz Karim, tetapi telah mengemukakan syarat kepada pihak atasan Thailand supaya Amin juga dijemput ikut serta dalam PLAN DAMAI. Lukman, ketua pemberontak yang menyingkirkan Amin dari BRN dan Patani, juga bersetuju mengiktiraf Amin sebagai Presiden BRN dengan syarat Amin bersetuju mengiktirafnya sebagai Setiausha Agong BRN. Ustaz Karim, hanya akan menjadi Penasihat BRN sahaja kerana beliau telah menjadi Syiah.

Ustaz Karim meninggal dunia pada 24 Disember 1996. Den dan Amin telah menolak syarat-syarat menerima Lukman Iskandar sebagai Setiausha Agong BRN, atas alasan besar bahawa Lukman telah sabotasi pilihanraya 1995 hingga menyebabkan Den tewas. Kerana kekalahan inilah maka Den tidak dapat menjadi menteri penuh, sebaliknya Wan Mohammad Nor Mattha telah diangkat menjadi menteri penuh. Den dan Amin juga telah meletakkan kesalahan kepada Lukman hingga menyebabkan beliau terpaksa berhijrah dari Malaysia ke Sweden ekoran penangkapan ke atas para pemimpin Patani pada tahun 1997.

Gerakan Dakwah Tabligh dan Gerakan Wahabbi tidaklah dilihat sebagai organisasi agama yang mempunyai agenda politik saperti Kumpulan Wahdah. Gerakan Dakwah Tabligh tidak mempunyai ulamak-ulamak sehebat dan setanding ulamak-ulamak Kumpulan Wahdah. Manakala Gerakan Wahabbi yang dipimpin oleh Dr. Ismail Lutfi pula tidaklah ramai. Malah ayah Dr. Ismail, Tuan Guru Haji Abdul Rahman juga tewas ketika merebut jawatan AJK Majlis Agama Islam Patani. Kumpulan Wahdah bukan sahaja menentang gerakan Dakwah Tabligh dan Wahabbi malah turut mnentang Gerakan Syiah di Thailand. Walaupun kecil jumlahnya tetapi Gerakan Syiah Thailand mempunyai agenda politik tersendiri.

Selain dari udzur, Ustaz Karim telah disekat oleh Den dan penyokongnya. Keluarganya sendiri telah menolak kepulangan Ustaz Karim ke pondok yang diasaskannya sendiri sebelum beliau masuk hutan memimpin angkatan bersenjata BRN pada tahun 1972-1975 atas alasan beliau menjadi Syiah dan terkeluar dari Islam. Kerana tiada tapak, Ustaz Karim bercadang mendirikan pondok baru di Wilayah Songkhla, tetapi hasrat beliau tidak berjaya apabila semakin udzur. Akhirnyanya beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1997.

Kematian Ustaz Karim menyebabkan pengaruh Syiah semakin rapuh di Thailand, dan akhirnya berpecah kepada dua kem (1) Dipimpin oleh Syed Sulaiman, yang pernah ditahan dibawah ISA pada tahun 1996 oleh Kerajaan Malaysia, dan (2) Dipimpin oleh Bomoh Ding (Dr. Shamsuddin), yang baru dibebaskan dari penjara oleh Kerajaan Thai baru-baru ini (diampun oleh Raja Siam setelah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun).

Den mencengkam pengaruh ke atas masyarakat Patani. Pengikut-pengikut Den dan Amin tetap beranggapan bahawa mereka akan mendapat kuasa memerintah. BRN telah menandatangani dokumen damai dengan Thailand. Mereka adalah pemimpin BRN dan menganggap bahawa Lukman bukanlah pemimpin BRN. Maka Siam hendaklah menandatangani dokumen damai muktahir secara resmi dengan Amin.

Jika ditinjau secara umum, jelas menunjukkan bahawa Den (dan pengikutnya) mempunyai kuasa de facto di Patani. Lukman dan pengikutnya tidak mempunyai kuasa tersebut. Tetapi jika ditinjau secara abstrek, kuasa yang ada pada Den bukanlah kuasa mutlak atau kekal. Lukman walaupun bukan tergolong sebagai ulamak (sama saperti Den dan Amin), dikenali oleh kebanyakan AJK Majlis Agama Islam Patani. Beliau pernah bertugas di Majlis Agama Islam Patani sebagai pensyarah kolej Islam milik MAIP dan pernah bertugas sebagai setiausha kepada Amin.

Kekalahan Den dalam pilihanraya pada tahun 1995 bukanlah kerana Lukman, tetapi kerana Den ditentang oleh Haji Abdul Latiff, Tok Guru pondok Cerang Batu dan menantunyanya, Ustaz Abdul Rahman Daud (kini menjadi Yang di Pertua MAIP di mana Den menjadi Naibnya). Haji Latif ialah seteru politik Amin dan Den ketika Lukman mengajar di kolej MAIP dan Amin menjadi Yang Di Pertuanya, manakala Den sebagai Setiausha MAIP. Amin menghantar Lukman, sebagai 鈥榓jen sulit鈥?mengajar di pondok Cerang Batu. Akhirnya Haji Latiff bersekongkong dengan Amin, dan seterusnya dilantik menjadi pemimpin BRN. 25 tahun Haji Latif mengidam untuk duduk di atas kerusi Yang Di Pertua MAIP tetapi tidak berjaya. Akhirnya dalam pemilihan pada 18 November 1999 yang lalu, menantunya, Ustaz Abdul Rahman Daud terpilih menjadi Yang Di Pertua. Abdul Rahman ialah murid Lukman Haji Latif sendiri main kayu tiga dan talam dua muka. Beliau juga sedar bahawa Den dan Amin sudah tua. Jika kedua-duanya mati, Haji Latiff masih mempunyai jalan selamat. Bagi mendapat bantuan pondoknya, hubungan beliau dengan Lukman tidak putus.

Walaupun ada berita disebarkan bahawa Lukman menandatangani dokumen damai BRN tanpa pengetahuan Panglima angkatan bersenjata BRN, Cikgu Pin, tetapi berita ini tidak betul. Lima hari sebelum menandatangani perjanjian damai dengan Tentera Bahagian Empat, Lukman berjumpa dengan Cikgu Pin di kediaman bekas isteri Cikgu Pin di Greewood Park, Kuala Lumpur. Ini berarti beliau telah memberi maklum lebih awal atau setidak-tidaknya Cikgu Pin telah bersetuju.

Walaupun Lukman tidak mempunyai pengaruh ke dalam masyarakat Patani saperti Den, tetapi beliau masih mempunyai pengaruh yang kuat ke atas angkatan bersenjata BRN. Selain dari angkatan bersenjata, Lukman masih memimpin pasukan paramilitary sulit dikenali dengan nama GURBAN, KOGAP dan PKRRP. Pasukan inilah yang ditakuti oleh Den dan Amin.

Dalam proses damai, pasukan ini tidak menjadi pengacam besar melainkan Lukman mengambil langkah 鈥渢idak berdamai鈥?dengan Thailand.

Kemenangan Den, menipiskan lagi peluang pengikut-pengikut Ustaz Karim untuk berkuasa di Patani. Selain dari Ustaz Karim, tidak ada tokoh yang kuat dikalangan pengikutnya. Lukman sendiri pun tidak ada berita mengenai kegiatan politik atau aktivitinya kecuali menjadi pengarah sebuah investment bank di Bangkok. Den akan berkuasa selama 6 tahun sebagai Senator yang dipilih oleh rakyat. Dalam masa ini, Den dijangka mencalunkan dirinya menjadi Sheikhul Islam Thailand, kerana penyandang jawatan sekarang sedang udzur.

Dalam masa ini juga, Den akan membuat penekanan supaya abangnya, Amin dibenar pulang secara resmi oleh pihak berkuasa Thailand. Amin dijangka pulang menjelang pilihanraya akan datang, yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober ini. Den kemungkinan akan mendesak supaya Thailand menandatangani dokumen damai muktahir dengan BRN, saperti PLO-Israel atau Pilipina-MNLF. Kali ini Amin akan menandatanganai dokumen damai dengan pihak berkuasa Thailand. Peluang untuk Amin pulang adalah cerah, tetapi peluang untuk menandatangani dokumen damai akan ditolak oleh kerajaan Thailand kerana dokumen damai muktahir telah pun ditandatangani oleh Lukman Iskandar.

Den akan meletakkan anak perempuannya bertanding di Kota Bangkok, manakala anak lelakinya akan bertanding di Patani. Turut sama dalam pilihanraya ini ialah menantu Amin, seorang Tok Guru pondok. Kemungkinan juga Amin meletakkan anak lelakinya bertanding di kerusi parlimen Patani.

Tindakan Den kebelakangan ini meletakkan Kumpulan Wahdah dalam delima. Den telah mengistiharkan dirinya keluar dari Parti Harapan Baru dan masuk menjadi anggota tertinggi Parti Thai Rak Thai (Thai Kasih Thai). Khabar angin bertiup menyatakan Kumpulan Wahdah telah berpecah menjadi dua blok (1) Blok Den dan (2) Blok Wan Muhammad Nor. Berita ini bagaimanapun kurang asasnya kerana Wahdah adalah harakah politik yang licin dan banyak strategi.

Cita-cita Amin untuk pulang ke Patani sebagai Sheikhul Islam Thailand, jauh semanggang dari api. Jawatan ini nampaknya akan jatuh kepada Den, adik lelakinya yang juga seorang peguam, tetapi kurang pendidikan agama. Tetapi orang-orang Islam di Thailand tidak kisah tentang peribadi seseorang asalkan dia solat, puasa dan mengucap kalimah syahadah. Orang-orang kafir pun boleh menang menjadi wakil rakyat adalah perkara lumrah di Patani

Ada juga wakil-wakil rakyat Islam/Melayu kuat minum arak, main betina, kaki judi dan makan babi, masih mendapat sokongan rakyat. Ini tidak kisah asalkan mereka kelihatan berada di mesjid sewaktu pulang ke Patani.

Dengar cakap-cakap angin (omong kososng) di kedai-kedai kopi, Den mempunyai missi untuk menjadikan Patani saperti Aceh. Tekanan lebih kuat akan dibuat ke atas Thailand supaya memisahkan 5 wilayah dari pentadbiran pusat di Bangkok. Pada hakikatnya lima wilayah telahpun lama diasingkan dari pentadbiran Bangkok di bawah Akta khusus dipanggil Pusat Pentadbiran Wilayah-Wilayah Selatan Thailand (Southern Border Provinces Administrative Center) yang diketuai oleh seorang pengarah. Lazimnya pengarah PPWWST ini dilantik dari kalangan polis atau tentera yang berpangkat Major Jeneral. Beliau menguasai lima gobnor di lima wilayah.

Di bawah penjanjian damai yang ditandatangani pada 8 April 1995 di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan, BRN dan Tentera Bahagian Empat bersetuju meminda Akta 66/23 bagi mencengkam kuasa yang lebih luas meliputi soal pembangunan economi dan tidak ketinggalan juga soal minyak dan gas yang dimilki oleh MTJA (Malaysia Thailand Joint Authority) dan JDA (Joint Development Area) termasuk entiti zon economi IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand 鈥?Growth Triangle). Akta ini bagiamanapun belum dipinda oleh kedua-dua pihak ekoran krisis pendapat dikalangan masing-masing. Kerajaan Chavalit (Parti Harapan Baru) meletak General Panthep Puwanaknurat sebagai Panglima Tentera Bahagian Empat; tetapi Chuan Lekpai (Parti Demokrat) telah menaikkan pangkat Panthep, kemudian dibersarakan oleh beliau. Chuan, berasal dari Wilayah Trang ( bersempadankan Wilayah Setul), telah melantik seorang Melayu dari Patani menjadi Panglima Tentera Bahagian Empat. Beliau ialah Lt. Jeneral Narong Deng-udom atau nama Islamnya ialah Tengku Abdullah. Jika dilihat dari sejarah, keluarga Dengudom yang berkait pula dengan keluarga Raja-Raja dari Jambu (Patani) sejak lama dulu menjadi sasaran kecaman Amin dan Den, sebagai 鈥減engampu鈥?hingga menyebabkan Patani terus dijajah Siam.

Tanpa anggok dari Panglima Tentera Bahagian Empat, proses damai tidak akan berjalan walaupun Den mampu membuat tekanan politik. Ini berarti pihak tentera tidak akan melepaskan jawatan Pengarah PPWWST kepada golongan pro-Den atau Amin. Tetapi Den tetap dengan anggapan bahawa jawatan tersebut hendaklah diserahkan kepada Amin atau beliau sendiri jika syarat-syarat perdamaian dilaksanakan. Jawatan Pengarah PPWWST mungkin ditukar kepada Gabnor Besar atau Governor General.

Kumpulan Wahdah sendiri akan membuat tekanan supaya lima wilayah diberi otonomi mutlak sama saperti Aceh. Jika kerajaan enggan, Wahdah akan membuat tekanan supaya diadakan pungutan suara (referendum) bagi penentuan nasib sendiri berdasarkan kepada deklarasi Hak Asasi Manusia 99/69.

Delima Den dan Wahdah ialah keengganan kumpulan Ustaz Karim yang berpecah kepada kumpulan Syiah (Syiah juga berpecah) dan angkatan bersenjata yang dipimpin oleh Cikgu Pin atau Razak Borasa atau Abdul Razak Hassan untuk memberi laluan kepada Amin atau Den menjadi ketua mereka di dalam BRN dan PPWWST (jika PLAN DAMAI dilaksanakan sepenuhnya).

Fikiran yang sama juga ada dikepala Tengku Abdullah, Panglima Tentera Bahagian Empat. Dari meyerahkan jawatan tersebut kepada salah satu dari kedua-dua kumpulan yang bertelagah ini, lebih baik beliau sendiri menjawat jawatan ini selepas dibersarakan.

Di Thailand, kebanyakan pegawai-pegawai tentera mempunyai fahaman atau pegangan politik. Setiap panglima di Selatan Thailand terlibat dalam politik termasuklah Jeneral Prem yang pernah merampas kuasa dan menjadi Perdana Menteri; Jeneral San Chitpatima, yang gagal dalam kudeta kemudian lari ke Burma; Jeneral Harn Linanond sekarang Senator mewakili Wilayah Setul; Jeneral Chavalit telah muncul sebagai Perdana Menteri tetapi terpaksa lari kerana dilanda krisis ekonomi; Jeneral Kitti Rathanachaya (Ratnachahaya) dijangka bertanding di Legor atas tiket Parti Harapan Baru; terakhir sekalai ialah Jeneral Parnthep Puwanartnurat, yang menyruh Timbalannya, Jeneral Chalermphol Charoenying menandatangani dokumen damai dengan Lukman pada 8 April 1995, dijangka menyertai Parti Demokrat pimpinan Chuan. Dan, sebagai Menteri Pertahanan, untuk mengimbangkan kuasa politiknya bagi menghadapi Jeneral Kitti (yang memerintahkan Brigadier Arkhanik Mensawat menandatangani dokumen damai dengan PKRRP pimpinan Lukman Iskandar pada 28 April 1992) maka Chuan telah melantik Jeneral Tengku Abdullah menjadi Panglima Tentera Bahagian Empat. Selepas bersara, Jeneral Tengku Abdullah dijangka menyertai parti Demokrat.

Selepas situasi di Aceh berakhir pada bulan Jun (selepas pungutan suara), politik di Patani akan berubah. Sama ada dilaksanakan atau tidak, Patani kembali bergolak. Razak Borasa mungkin menarik-balik syarat 鈥済enjatan senjata鈥?dan kembali ke medan perang. Tetapi Razak tidak akan lakukan apa-apa tindakan, tanpa lampu hijau dari Lukman yang sekarang ini, dilihat acap berada di Patani dengan agenda dan strategi offensif dan defensifnya tersendiri.

Manakala Lukman pula kelihatan berada di segenap daerah yang pernah menjadi kubu kuatnya dulu, menyusun dan mengatur strategi defensif dan ofensifnya. Lapuran sudah sampai kepada Ketua Polis Yala, Tengku Ariffin (atau nama Siamnya Charoen Deng-udom) bahawa Lukman sedang membuat persiapan bersenjata sama saperti di Timor Timur atau Aceh.

Patani, sama ada mendapat otonomi atau kemerdekaan, akan terus bergolak ekoran perpecahan pendapat di kalangan para pemimpinnya.

Artikel ini ditulis tanpa merujuk kepada sebuah organisasi pembebasan diberi nama PULO, kerana PULO tidak mempunyai harakah sehebat BRN di Patani. Mereka hanya mempunyai pasukan senjata, yang berjumlah kecil dan para pemimpinya berada di luar negeri. Tidak saperti BRN, kebanyakan pemimpinnya berada di dalam negeri, bergiat secara bawahtanah.

Lalauan untuk Den menjadi Sheikhul Islam bukanlah mudah, kerana teras politiknya hanya kemas di Patani tetapi beliau memerlukan hubungan yang intim dengan ketua-ketua parti Thai di Bangkok serta ketua masyarakat Islam di sana. Jeneral Chavalit, ketua Parti Harapan Baru menghadapi krisis besar ekoran 鈥減embelotan鈥?bekas Setiausha Agong, Sanoh Sathientong bersama 50 Ahli Parlimen yang setia kepadanya. Parti Harapan Baru pimpinan Chavalit dijangka akan kalah reuk dalam pilihanraya akan datang. Sebab itu Den Tohmeena keluar dari parti tersebut, hingga menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Wahdah telah berpecah. Den memasuki Parti Thai Kasih Thai pimpinan billionaire telekom Kolonel Taksin Sinawatra, bekas Timbalan Perdana Menteri (1993-94) Wan Nor masih kekal di dalam Parti Harapan Baru. Ada berita menyatakan Wan Nor akan menyertai parti Taksin, untuk mengikut jejak Den. Berita ini tidak berasas. Bagaimana pun, politik di Thailand banyak kemungkinannya. Lompat parti adalah lumrah. Wan Nor dan Den dulunya adalah calun Parti Democrat.

Analisa keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa Parti Demokrat pimpinan Chuan akan terus berkuasa. Jika ini berlaku, harapan Den dan Amin akan kecundang kerana Parti Demokrat juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik di Selatan Thailand. 52 kerusi Parlimen di Selatan Thai, hanya 5 sahaja yang jatuh ke tangan pembangkang (Parti Harapan Baru). Setelah Den keluar dari Parti Harapan Baru, mungkin hanya satu kerusi sahaja akan diperolehinya pada pilihanraya akan datang. Parti Thai Kasih Thai tidak mungkin memperolehi kerusi di Selatan. Tetapi parti ini dijangka menang banyak di Kota Bangkok dan utara Thailand.

Tokoh Parti Demokrat yang sedang naik namanya di Selatan Thai, selain dari Dr. Surin Pitsuwan ialah Kolonel Polis Haji Che Ismail Chemong, Ahli Parlimen Patani 鈥?pesaing hebat Den Tohmeena. Beliau yang berkelulusan MA adalah dilihat sebagai tokoh muda yang berpotensi. Cita-cita dan usahanya adalah lebih besar dari Den dan Amin. Oleh kerana beliau merupakan orang baru dalam arena politik Patani, beliau belum lagi diangkat menjadi menteri di dalam kabinet Thai.

Wan Nor secara diplomasi juga telah membina imejnya dalam politik di Selatan Thai dengan caranya yang tersendiri. Wan Nor bekas pensyarah universiti adalah tokoh yang bijak dalam menggunakan kesempatan. Untuk muncul dalam politik beliau menggunakan platfom Den dan Wahdah. Tetapi setelah melonjak naik, ekoran kekalahan Den pada tahun 1995, Wan Nor mempunyai missinya tersendiri dan cuba memisahkan dirinya dari pengaruh Den dan Wahdah. Beliau menggunakan platfom Dakwah Tabligh di Yala, sedangkan Den dan Wahdah menentang keras kemunculan dan pengembangan Dakwah Tabligh di Thailand. Atas alasan inilah juga, rakyat umum membuat andaian bahawa Wan Nor dan Den berjalan di atas rel politik yang berbeda. Wan Nor cuba meniru gaya dan cara Den untuk menaikkan nama keluarganya dan membina empayarnya. Beliau mendirikan rumah besar

saperti istana raja di Yala dengan belanja TB 100 juta, dikatakan 鈥渉asil dan bonus鈥?dari jawatan Menteri Pengangkutan & Telekomunikasi. Penerbangan Thai International membeli beberapa pesawat Boeing 747 adalah di zamannya, dan pengistiharan lapangan terbang baru di Nong Nguhao (Bangkok Timur) adalah diantara lumayan dan ganjarannya.

Kebelakangan ini, Wan Nor meletakkan adik-adiknya menjadi calun Majlis Perbandaran Yala, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Wilayah 鈥?DUN) dan yang terakhir ialah senator di Yala. Adik-adiknya semua menang.

Seorang lagi tokoh politik Patani dari golongan Wahdah ialah Nik Mahmud Sulaiman, peguam berkelulusan MA. Nik Mud, diawal karier politiknya juga bergantung kepada Den dan Wahdah. Nik Mud secara senyap-senyap juga membina empayarnya 鈥淪ulaiman鈥?untuk mencabar 鈥淭ohmeena鈥? Nik Mud ialah Ahli Parlimen Patani dari Parti Harapan Baru, saperti Wan Nor dan Den. Kebelakangan ini, Den banyak meletakkan kesalahan kepada Nik Mud yang dianggap rakus dan tamak serta degil. Atas alasan ini juga dikatakan Den keluar dari Parti Harapan Baru. Den menuduh Nik Mud 鈥渄erhaka鈥? Pada lahiriah, memang benar kerana Nik Mud menumpang perahu Den, tetapi apabila naik ke atas, buang pengayuh dan tendang perahu ke tengah.

Nik Mud meletakkan adiknya, Nik Ariff (peguam) menjadi calun Majlis Perbandaran Patani menentang calun yang diletakkan oleh Den 鈥?Azmi Tohmeena (anak Amin). Kumpulan Azmi Tohmeena tewas teruk. Nik Arif sekarang menjadi Setiausha Majlis Perbandaran Patani, yang mempunyai revenue paling banyak di Selatan Thai. Majlis Perbandaran Yala, yang memperolehi hasil tahun lebih TB 2,000 juta terpaksa meminjam dari Majlis Perbandaran Patani. Patani ialah Pelabuhan Perikanan yang terbesar di Asia Tenggara. Nik Mud cuba meletakkan adiknya, Nik Imran bertanding ahli DUN Patani di kawasan Nongchik. Den juga meletakkan anak lelakinya turun di kawasan yang sama. Seorang ulamak Nongchik yang berpengaruh, anggota MAIP dan ahli Majlis Ulamak Patani mengeluarkan komentar 鈥淜alau begitu Patani ni kita serah kepada Tohmeena dan Sulaimanlah鈥? Maksudnya orang lain tidak diberi peluang. Ini menyebabkan anak Den dan adik Nik Mud menarik diri sebelum tarikh pilihan raya DUN. Ini memberi laluan kepada anak tempatan Nongchik, menang.

Sekiranya krisis diantara Den dengan Nik Mud berterusan, Wahdah terus berpecah. Sekarang ini pun sudah jelas bahawa Wahdah sudah menjadi dua kumpulan secara tidak resmi 鈥?iaitu kumpulan Den dan kumpulan Wan Nor. Nik Mud berada dikelompok Wan Nor. Jika Wan Nor ikut serta ke dalam Parti Thai Kasih Thai, perpecahan Wahdah dapat dielakkan. Wan Nor ialah Naib Presiden Parti Harapan Baru. Jika parti ini dapat jadi kerajaan, peluang Wan Nor untuk jadi Timbalan Perdana Menteri amatlah cerah. Tetapi kerana krisis dalaman, parti ini tidak mungkin jadi kerajaan. Ada khabar angin menyatakan Wan Nor akan menyertai Parti Thai Kasih Thai sebagai Setiausha Agong. Jika parti ini jadi kerajaan, Wan Nor akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Den tidak akan bertanding, tetapi sebagai AJK parti, pasti akan secara otomatis menjadi menteri penuh.

Senario politik Thai tidak memberi ketentuan arah tuju. Kerajaan yang memerintah bisa tumbang pada bila-bila masa. Pada tahun 1995, PM Chuan Lekpai jatuh melalui undi tidak percaya. Pada tahun 1996, PM Banharn Silipha-archa jatuh hanya dengan sekali undi tak percaya di Parlimen. Pada tahun 1997, PM Chavalit juga lari, apabila ekonomi runtuh. Pada sessi 1999, PM Chuan Lekpai dapat bertahan tiga kali undi tidak percaya. Chuan bersih dari tohmahan rasuah, dan memang beliau seorang Perdana Menteri yang miskin. Ibunya masih menjual kueh di bandar lahirnya di Terang. Masyarakat Terang kuat menyokong Chuan. Penduduk Terang ialah 50% Islam, tetapi kesemua 4 wakil Parlimen Terang adalah Thai Buddha.


Di Patani, kini ada dua orang Senator. Den dan Suchart. Orang Islam Patani telah memilih Suchart, Siam Buddha menjadi wakil Rumah Atas (upper house 鈥?Dewan Senat) melalui pilihanraya Senat. Jiwa orang-orang Islam Patani sudah sama dengan jiwa orang Islam di Terang. Ada orang membuat komentar, 鈥淪ama saja pilih Suchart atau Den. Suchart pun pandai mengucap dan beri salam. Den pun beristerikan orang Siam. Dalam rumahnya pun bercakap Siam.鈥?Maksud orang ini adalah jelas memberi mesej bahawa kemenangan Den dan Suchart tidak memberi apa-apa erti kepadanya.

Penentang-penentang Den adalah terdiri dari tokoh-tokoh fanatik Parti Demokrat yang berakar umbi di Patani sejak 50 tahun lalu. Malah Amin, Den dan Lukman adalah penyokong kuat Parti Demokrat sejak tahun 1976. Kalau Den mengamalkan sikap lompat-melompat, penyokong-penyokong Parti Demokrat tidak melompat. Mereka inilah yang menjadi penghalang Den dalam arena politik Patani, setelah Den menukar parti. Bagi mereka, Den tidak mempunyai ideologi politik, dan naik ke atas kerana semata-mata menggunakan nama 鈥淗aji Sulong鈥? Bagi mereka, Haji Sulong bukan pejuang kemerdekaan, tetapi penuntut hak 鈥渙tonomi鈥?sahaja.

Untuk mendapatkan tokoh politik yang berkaliber saperti Den, amatlah sukar. Den bisa bercampur dengan para pejuang kemerdekaan, dan bisa duduk sebagai 鈥減enuntut keadilan鈥?saperti almarhum ayahnya. Tetapi Den, setengah kalangan penganalisis politik berpendapat adalah tidak relevan dan praktikal. Ini berdasarkan kepada sikap atau pegangan dan konsep politik Amin, abangnya. Amin pernah dipenjara kerana dituduh melancarkan penderhakaan ke atas Paduka Maharaja (Raja Siam). Selepas bebas, Amin mengalih perjuangannya kepada dua strategi. Pertama secara bawah-tanah di atas tiket BRN dan kedua secara parlimenteri di atas tiket parti politik yang berdaftar di Bangkok. Amin pernah menjadi Ahli Parlimen dan pernah diangkat menjadi menteri kabinet Thai.

Ketika cetusan revolusi atau perang gerila berkemuncak di bawah pimpinan Ustaz Karim pada tahun 1970, Amin masih mengalihkan sikap politiknya secara parlimenteri, yang nyata bercanggah dengan konsep perjuangan bersenjata BRN. Pada detik itu, Ustaz Karim mencabar Amin supaya mengistiharkan 鈥渟ikap politiknya鈥?secara jujur iaitu 鈥淏erjuang secara revolusi atau secara parlimenteri?鈥?Nyatalah Amin harus memilih landasan revolusi. Kejujurannya kepada Ustaz Kaarim, hanyalah 鈥渢elunjuk lurus tapi kelingking berkait鈥? Amin tidak bertanding dalam pilihanraya 1976, sebaliknya meletakkan Den, yang masih putik menjadi calun Parti Demokrat. Parti Demokrat sapu bersih semua kerusi di lima wilayah. Den dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1976.

Den bukanlah baru dalam politik Patani. Dia sudah lebih dari 24 tahun duduk di dalam Parlimen. Ramai orang berpendapat bahawa Den tidak membawa apa-apa perubahan kepada masyarakat Patani. Tetapi pengikut taksubnya, masih melihat Den sebagai orang yang banyak berjasa.

Penyokong-penyokong Parti Demokrat di Lima Wilayah tidak mempunyai harakah atau organisasi politik dan massa yang berdisiplin dan tersusun saperti Wahdah. Parti Demokrat pimpinan Chuan Lekpai hanya menonjolkan Dr. Surin Pitsuwan sebagai tokoh Islam yang berwibawa. Tetapi Dr. Surin bukan orang Melayu. Beliau berasal dari Legor (Nakorn Srithammat 鈥?bekas Kerajaan Melayu-Hindu Srivijaya), yang jauh terpisah dari lima wilayah majority Melayu. Orang-orang lima wilayah tidak menerima Surin sebagai pemimpin mereka walaupun beliau merupakan orang Islam berkelulusan dari Universiti Harvard. Teras nasionalisma Surin ialah Thai dan ideologinya lebih mirip kapitalis. Surin juga cuba mencengkam pengaruhnya di lima wilayah, tetapi tidak berjaya. Beliau cuba menonjolkan adik-iparnya Ustaz Ismail, bekas murid Ustaz Karim. Ustaz Ismail tewas di dalam pilihanraya 1996. Surin jarang melawat lima wilayah. Sebab itu orang di lima wilayah menganggap bahawa Surin bukan pemimpin mereka.

Baik buruk, Den masih dianggap sebagai tokoh politik terkemuka. Den naik secara tradisi. Sedang Wan Nor baru muncul dan beliau bukan dari keluarga agama atau politik. Wan Nor, jika tewas atau kalah di dalam pilihanraya, namanya akan hilang saperti ahli-ahli politik Melayu di zaman sebelumnya. Den tidak demikian. Jika beliau tidak menjadi Senator, beliau masih menjadi Naib Yang Di Pertua MAIP dan AJK Islam Negeri Thai (di Bangkok) Beliau menjadi pengerusi 鈥渂ank鈥?kecil di Patani bernama Koperasi Islam Patani Berhad, Pengerusi Kenderaan Patani Berhad (sebuah syarikat pengakutan 鈥?bas) Dan, akhir sekali beliau ada memiliki serpihan 鈥淏RN鈥?yang setia kepada abangnya, Amin.

Tokoh Parti Demokrat yang dilihat berpotensi ialah Kolonel Polis Haji Che Ismael Chemong. Beliau ialah anak jati Patani yang kuat cita-cita dan semangat nasionalisma Melayunya. Saperti Den, Che Ismail juga dicurigai oleh pihak berkuasa Thai sejak berada di dalam pasukan polis. Ada tohmahan menyatakan Che Ismaillah pembekal besar senjatapi kepada pihak pergerakan/pemisahan. Tohmahan ini tidak 鈥榖erjalan鈥?lantaran Che Ismail pernah menjadi ADC kepada Puteri Mahkota, Maha-Chakri Sirindhorn. Che Ismail ialah orang yang aktif dalam Gerakan Dakwah Tabligh, menggunakan platfom ini sebagai kekebalan politiknya menangkis serangan Kumpulan Wahdah yang menyokong Parti Harapan Baru.

Secara berseloroh/jenaka, Che Ismael pernah berkata, 鈥淪aya pun layak jadi Presiden Patani. Orang berjuang bukan bermaksud mereka-mereka yang lari ke luar negeri atau masuk hutan. Saya juga orang yang berjuang.鈥?

Golongan pemisah tidak memberi perhatian besar kepada pergolakan politik di Patani. Tetapi Razak Borasa, sedang meninjau dari jauh. Sama ada Patani (lima wilayah) mendapat otonomi atau merdeka, beliau akan berperang sekali lagi. Jika beliau hanya menunggu dan melihat, kuasa politik akan mengalir kepada keluarga Tohmeena. Mereka akan jadi Sultan atau Presiden (jika merdeka) atau jadi Pengarah PPWWST atau Gabnor Besar (Governor General). Razak akan terus berada di hutan. Jika beliau memilih 鈥渒embali ke medan perang鈥? Siam terpaksa menjemput BRN kembali ke meja rundingan. Jika ini berlaku, kuasa politik akan mengalir kepada penyokong-penyokong Ustaz Karim. Orang-orang Ustaz Karim berada di dalam situasi 鈥渄edalu memanjat pokok鈥? Di MAIP, ada pengikut Ustaz Karim. Jika Den mati atau hilang kuasa, MAIP akan dikuasai sepenuhnya oleh mereka. Mereka berada di dalam Gerakan Dakwah Tabligh dan Gerakan Wahabbi. Mereka menguasai gerakan Syiah di Thailand. Kalangan mereka ada juga yang lebih hebat dari Den, tetapi mereka belajar di luar negeri dan tidak petah berbicara dalam Bahasa Thai. Sebab itu Den boleh ditonjol ke dalam politik parlimenteri. Jika Siam melaksanakan syarat-syarat perjanjian damainya, dan melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi di lima wilayah, golongan Ustaz Karimlah yang akan naik menjadi juara kerana kebanyakaan mereka berkelulusan Malaysia dan Indonesia, dan sesetengahnya lebih petah berbicara di dalam bahasa Inggeris lebih baik dari Dr. Surin.

Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



DIKELUARKAN OLEH:

DEMOCARTIC MALAY ELECTRONIC MEDIA
BANDAR PATANI


PENJELASAN LUKMAN ISKANDAR
PENJELASAN LUKMAN ISKANDAR

KENAPA PERLU KAMI BERDAMAI DENGAN THAILAND?

MUKADDIMAH

Corak politik dunia dan regional sudah berubah secara radikal sejak berakhirnya Era Perang Dingin diantara Uni Soviet dan Amerika Syarikat bermula dari tahun 1990. Kejatuhan dan keruntuhan Uni Soviet membawa implikasi besar kepada politik ekstrim. Negara-negara yang berkiblat kepada Uni Soviet terumbang ambing. Beberapa buah negara lingkungan blok Uni Soviet telah mengubah kiblatnya kepada demokrasi ala-barat dengan meninggalkan fahaman komunisma dan sosialisma.

PLO yang berperang berabad-abad lamanya dengan Israel, akhirnya telah menerima tawaran rundingan damai. Dua seteru ketat ini kemudiannya duduk semeja untuk mencari penyelesaian yang hakiki.

Pihak berkuasa Thai telah lama menawarkan rundingan damai dengan kumpulan pemisah di Selatan Thailand. Nai Prasit, Konsol Thai di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, pada tahun 1975 telah menawarkan rundingan damai kepada golongan pemisah, tetapi telah ditolak bulat-bulat kepada pihak pemisah masih mencurigai keikhlasan pihak berkuasa Thailand. Kejujuran dan keikhlasan ini tidak dapat lagi dipegang oleh masyarakat Islam di Selatan Thailand. Contohnya ialah peristiwa yang berlaku ke atas Haji Sulong. Beliau telah menerima perundingan damai tetapi telah ditangkap dan dibunuh.

Saya sendiri pernah bertemu dengan Nai Prasit sebanyak dua kali di kediaman Almarhum Tengku Jalal Nasir. Nai Prasit telah melahirkan kesediaan pihak berkuasa Thailand berunding dengan kumpulan pemisah tidak kira dari mana-mana fraksi.. Saya telah diminta oleh Tengku Jalal dan Nai Prasit supaya menyampaikan perkara ini kepada Amin Tohmeena, Amin menolak tawaran rundingan damai ini atas alasan bahawa beliau dan BRN yang dipimpinnya mengambil sikap 鈥渘on-kompromi鈥?dengan penjajah Thai Buddha. Oleh kerana saya berjuang atas mandat dan karcis BRN, maka saya juga mengambil sikap non-kompromi dengan musuh.

Kematangan politik menyebabkan saya mula menyoal kewibawaan para pemimpin BRN. 鈥淐akap tidak serupa bikin鈥?Mereka mengakui mereka mengamal sikap progresif revolusioner, tetapi langgam peribadi menunjukkan mereka ini pengecut danm bacul. Mereka bilang mereka tidak mahu berkompromi dengan musuh, tetapi saban hari dan waktu mereka bersekongkong dan bersekedudukan dengan musuh Thai Buddha. Mereka mengibar panji-panji Thai dan menyokong perlembagaan Negara Thai. Mereka terima bulat-bulat apa saja rencana dan program yang dibikin oleh regim facist diktator militer atau apa saja sistem demokrasi Thailand. Mereka menyeleweng dan mengkhianati prinsip dan matlamat perjuangan BRN.

Saya mula mempertikaikan kewibawaan dan keikhlasan mereka. Rakyat menghadapi kesengsaraan, kebuluran dan hidup dalam kemiskinan. Mereka tidur diranjang yang indah-indah. Mewah dengan isteri-isteri dan material. Mereka punyai otomobil yang baik, rumah gedang dan supir.yang taat setia. Jiwa dan minda mereka sudah lama dijajah. Mereka sudah hilang identiti Melayu dan Islam. Mereka makan riba dan harta anak yatim. Mereka tipu rakyat dengan mengutip wang tabungan atau dana. Dana ini digunakan untuk memperkayakan diri mereka dan kroni-kroni mereka. Mereka mengamal sikap nepotism dan rasuah. Mereka kelabui dan pekup mata rakyat melalu berbagai-bagai cara.

Saya mula menegur mereka. Kemudian saya mula mengkritik. Mereka menuduh saya melanggar disiplin kerana mengkritik orang atas. Akhirnya saya membuat keputusan membataskan sikap penyelewengan dan kepura-puraan mereka. Maka terjadilah konflik diantara saya dengan mereka. Konflik peribadi telah memperkotakkan organisasi induk. Mereka bertindak di atas nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat) yang menerajui BRN dan saya bertindak di atas nama organisasi militer yang menjadi sayap tentera BRN iaitu KOGAP dan GURBAN. ABRIP, Angkatan Bersenjata pula mengambil sikap berdiri teguh dibelakang saya.

Selain dari itu, satu-satunya anggota DPP yanag berdiri teguh dibelakang saya ialah Setiausha Agung BRN. Beliau yang merangkap jawatan Menteri Pertahanan (atau Setiausha Jabatan Militer BRN) mengambil langkah menyokong saya. Tindakan ini diikuti oleh hanya dua orang pemuka DPP menjadikan jumlah mereka semua tiga orang, berbanding dengan 11 anggota DPP yang menentang saya.

Konflik ini akhirnya menjadi kenser yang menyerang BRN dan akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan ke atas sebagian besar anggota DPP, yang menerajui BRN itu sendiri. Ada diantara mereka yang mati dibunuh, ditangkap oleh kaum kolonialis, melarikan diri ke luar negeri. Sewajarnyaa mereka lari masuk hutan memimpin gerakan gerila jika benar mereka tokoh revolusi.

KRISIS PIMPINAN DI DALAM BRN

Krisis pimpinan ini bertolak dari krisis peribadi yang kecil sahaja diantara saya dengan Amin, tetapi Amin telah menggunakan kuasanya dalam semua aspek untuk menghancurkan saya dengan ditambah lagi oleh hasutan dan fitrah kroni-kroninya ke atas saya.. Pertama Amin menggunakan statusnya sebagai Presiden Majlis Agma Islam Patani (MAIP), yang sewajarnya menjauhkan diri dari campur tangan dalam politik BRN, namun oleh larena mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa MAIP adalah juga merupakan anggota DPP, maka pentas MAIP digunakan untuk menghancur dan membinasakan saya, seorang hambaAllah yang mereka takut dan gentar itu. Kedua, Amin juga menggunakan pentas politiknya di atas nama Majlis Permesyuaratan Wilayah Patani (MPWP) untuk membinakan saya. Ketiga, Amin juga menggunakan semua institusi dan pesawat pemerintah Thai untuk menghancurkan saya. Keempat, Amin menggunakan kuasa diktatornya di dalam BRN 鈥?bukan sekadar menggunakan kuasa memecat tetapi menggunakan kuasa menghukum.

Ekoran dari krisis peribadi ini Amin memanggil sidang tergempar DPP di Cerang Batu, Rhu Sembilan. Sidang ini sebulat suara meletakkan semua kesalahan ke atas pundak saya. Lalu sidang 鈥榤ahkamah diktaror militer鈥?tersebut menjatuhkan hukuman mati ke atas saya. Surat Perintah sidang telah ditandatangani oleh Amin sendiri selaku Pengerusi DPP merangkap Presiden BRN. Perlaksanaan hukuman mati tersebut telah dimajukan kepada GURBAN dan ABRIP yang sedang berada di bawah pimpinan saya itu.

Rahsia bocor sebaik sahaja surat tersebut tiba di Markas ABRIP, dalam saat saya sedang dalam unifom ABRIP, sekembali dari tugas menggempur pengganas komunis di perbatasan Malaysia dalam operasi bersama dengan Aangkatan Tentera Malaysia (ATM).

Amin juga menggunakan tenaga polis Thai untuk menangkap saya atas alasan saya adalah seorang pengganas. Tetapi pegawai polis tersebut telah membocorkan rahasianya kepada saya.

Pengistiharan penentangan ke atas ulamak-ulamak prokomunis yang menerajui BRN telah dibuat oleh saya sendiri di hadapan Cikgu Pin, ketika itu menjawat jabatan sebagai Timbalan Panglima ABRIP. Seterusnya saya mengistiharkan juga pemberontakan ini kepada panglima baru GURBAN, Masari Savari. Saya juga mengistiharkan penentangan ini dalam mesyuarat pimpinan KOGAP.

Tidak lama selepas itu, saya telah ditangkap oleh polis sulit/rahasia Malaysia atas tuduhan saya berkomplot dengan beberapa orang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia untuk menggulingkan pemerintah Malaysia secara revolusi dan tidak berperlembagaan. Saya dipenjarakan di bawah akta rimba dikenali dengan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Inilah hadiah dan anugerah yang saya perolehi hasil dari kerjasama saya dengan pemerintah Malaysia dalam usha membentreas pengganas komunis dari PKM (Parti Komunis Malaya).

Penentangan ke atas DPP yang zalim itu telah diteruskan oleh pemuka-pemuka KOGAP, GURBAN dan ABRIP. Akhirnya pada tahun 1979, Pak Bustamam selaku Panglima Besar ABRIP memproklamirkan 鈥淜ertas Putih鈥?membubarkan DPP secara resmi dan BRN diletakkan di bawah Majlis Gerakan Revolusi Dalam Negeri (MAGERAD). Saya diangkat menjadi anggota MAGERAD.

Selepas dibebaskan dari penjara ISA pada tahun 1981, saya dilantik oleh Ustaz Karim menjadi Setiausha Jabatan Politik Luar Negeri BRN. Tetapi pada tahun 1982, saya melanjutkan pengajian di luar negeri. Sekembalinya saya dari luar negeri, pada tahun 1984, BRN pimpinan Ustaz Karim menghadapai krisis dalaman. Krisis ini berpunca dari sikap ego dan diktator Ahmad Subarjo, Setiausha Agong BRN, dan seorang lagi pemimpin BRN bernama Ahmad Shariff.

Saya cuba berdiri neutral dalam krisis pimpinan ini dan cuba mengelakkan perpecahaan BRN. Bagaimana pun, Cikgu Pin yang mengambil-alih jabatan sebagai Panglima ABRIP selelepas Pak Bustamam dibersarakan, mengistiharkan kumpulan mereka sebagai BRN Kongres. Tokoh yang kontroversi di dalam gerakan ini ialah Zainunman, pembantu saya di dalam KOGAP. Zain disokong oleh dua orang pemuka BRN iaitu Cikmuda dan Ahmad Chelong.

Pada 25 Mei 1986, satu sidang tergempar telah diadakan dikediaman saya. Sidang ini memperdebatkan isu semasa Patani. Sama ada di bawah pimpinan Kongres atau Amin, matlamat revolusi Patani masih jauh. Lalu, sidang sepakat membentuk satu pasukan paramiliter bernama PKRRP (Pasukan Komando Revolusi Rakyat Patani).

Awang Abdullah Kabir atau Awang Jabat telah dilantik menjadi Pengerusi PKRRP mengambil nama Kolonel A. Yani. Pada tahun 1989, pimpinan PKRRP telah bertukar tangan apabila Awang Jabat mengambil-alih pimpinan Mujahiddin Patani. Pengerusi PKRRP diganti oleh Halim Hasamah atau lebih terkenal dengan nama Bung Halim atau Halim Jabat. Saperti Awang, Halim juga lulus dari Indonesia.

PKRRP merupakan satu kenderaan yang menggerak dan menyemarak revolusi Patani dan merupakan alat pengangkutan bagi menuju ke arah penyatuan penuh BRN.

PKRRP diasaskan atas initiatif Ustaz Karim Hassan, bapak Revolusi dan Pemimpin Besar Patani. PKRRP mengambil lanagkah untuk bersekongkong dengan BRN Kongres walaupun ditolah oleh Ustaz Karim dan ditentang oleh Amin yang menerajui BRN Kordiner. Kita menggunakan beberapa organisasi untuk duduk di bawah satu bumbung saperti ABRIP Setia, Perkeda, Persatuan Khairat dan malah menggunakan organisasi politik UMNO sebagai pentas pertarungan politik international.

TAWARAN RUNDINGAN DAMAI

Pada tahun 1990, PKRRP, melalui jentera perisikannya, telah dapat menegsan agen-agen perisikan dari Tentera Bahagian Empat, Angkatan Bersenjata Di Raja Thailand. Beberapa pusingan perundingan telah diadakan secara rahsia. Perundingan sulit ini diadakan diantara PTT3 dan PKRRP. Seterusnya diadakan pada peringkat tertinggi diantara PKRRP dengan Panglima Tentera Bahagian Empat. Saya menghantar beberapa orang delegasi untuk berunding. Akhirnya pertemuan resmi telah diadakan diantara PKRRP dengan perwakilan Tentera Bahagian Empat.

Pada tanggal 18 November 1991, bertempat di Hotel Wilayah Kuala Lumpur, pertemuan resmi diadakan. Saya, selaku Setiausha Majlis PKRRP, mengemukakan TUNTUTAN 22 PERKARA sebagai kunci ke arah penyelesaian semua masaalah di Selatan Thailand.

Sebelum menerima cadangan ke arah usha damai, saya telah menghantara delegasi bertemu dengan beberapa orang ulamak Patani yang berada di dalam negeri mahu pun yang berada diluar negeri. Mereka memberi pendapat. Diantaranya termasuklah:

1. Abdulrahman Ahmad 鈥?Tok Guru Pondok Pombeng, Patani

Beliau telah memberikan garis bahawa perdamaian dengan musuh boleh diadakan dengan syarat jangan lari dari konsep 鈥淧erjanjian Hudaibiyah鈥?

2. Dr. Haji harun Sulong 鈥?Tok Guru dan pengasas BRN

Beliau menasihatkan supaya menerima tawaran tersebut karena pihak berkuasa Siam sudah lama menawarkan peluang ini. Jika ditangkap, beramal ibadahlah di dalam penjara semoga mendapat taufik, hidayah dan kiramah. Jika dibunuh, InsyaAllah masuk syurga.

3. Ustaz Haji Abdul Karim Hassan 鈥?Tok Guru dan pengasas BRN

Beliau tidak melarang, tetapi janganlah main 鈥済etit-getit semut鈥?dan berikrar beliaulah orang pertama yang akan kembali ke tanahair jika rundingan damai ini berjaya.

4. Ahmad Majid 鈥?Tok Guru Pondok Bendang Bedul, Patani

Beliau kurang yakin akan kemampuan pihak pemisah untuk berdialog dengan Siam.

Saya sendiri bertemu dengan Dr. haji Harun. Cikgu Bakar dihantar untuk bertemu dengan Tok Pombeng dan Ahmad Majid. Manakala Ahmad Jabat dihantar untuk bertemu dengan Ustaz Karim.

PEMBENTUKAN KOMITE UNTUK MERANGKA PROPOSAL

Sebuah komite telah dibentuk bagi menghadapi proses rundingan damai diberi nama Jawatankuasa Perundingan Damai atau Committee For Efforts Toward Peace diketuai oleh Cikgu Bakar. Anggota lainnya ialah Ahmad Jabat, Nasir Ahmad, Talib atau Dr. Omar Muhammad. Komite ini diberi tugas:-

1. Menjadi penghubung diantara PKRRP dengan Tentera Bagian Empat.
2. Bertindak sebagai 鈥渂adan perisikan鈥?bagi pihak PKRRP.
3. Mengadakan dialog-dialog secara formal dan non-formal dengan perwakilan Tentera Bagian Empat.
4. Membuat kesimpulan hasil dialog-dialog formal dan non-formal.
5. Mengemukakan usul dan tindakan lanjut.
6. Membuat draft proposal secara komprehensif kepada PKRRP

Dalam masa satu tahun, barulah siap draft proposal disediakan oleh komite tersebut. PKRRP mengadakan sidang resmi menerima draft proposal. Draft proposal ini akhirnya disebut secara ringkas TUNTUTAN 22 PERKARA..

TUNTUTAN 22 PERKARA

Tuntutan 22 Perkara telah dihantar kepada Tentera Bagian Empat untuk kajian diperingkat awal. Setelah membaca dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Thai, satu proposal balas telah dihantar kepada BRN.

Isi TUNTUTAN 22 PERKARA (Tuntutan Asal)

1. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf pembentukan Majlis Tertinggi Pemimpin Islam Selatan Thailand sebagai badan legislatif dan eksekutif tertinggi di Selatan Thailand untuk mengambil-alih fungsi dari Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand.

2. Kerajaan Thailand hendaklah segera melantik seorang Gobenor General untuk menjadi ketua dan mengambil-alih fungsi Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand

3. Kerajaan Thailand hendaklah melantik semua governor di lima wilayah dari kalangan orang-orang Melayu.

4. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi Kedua di Selatan Thailand.

5. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Islam sebagai Agama Resmi di Selatan Thailand.

6. Kerajaan Thailand hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 50 % orang Islam/Melayu menjadi kaki-tangann dan pegawainya.

7. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk Mahkamah Shariyah di peringkat Wilayah dan daerah.

8. Semua pembangunan economi hendaklah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Pemimpin Islam Selatan Thailand.

9. Semua cukai dan hasilan yang diperolehi di Selatan Thailand hendaklah dibelanjakan untuk pembangunan di Selatan Thailand.

10. Kerajaan Thailand hendaklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah di selatan Thailand.

11. Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah kebangsaan Thai kepada pelajar-pelajar Islam.

12. Semua pembangunan sosial hendaklah mengikut prinsip agama Islam.

13. Pelacuran, salahguna dadah dan pusat perjudian hendaklah dihapuskan di Selatan Thailand.

14. Saluran televisyen dan radio dalam Bahasa Melayu hendaklah diadakan di Selatan Thailand.

15. Budaya, adat-resam dan adat-istiadat Melayu hendaklah dikekalkan di Selatan Thailand.

16. Semua pejuang pembebasan hendaklah dibenarkan pulang bersama keluarga mereka tanpa sebarang rekod jenayah.

17. Semua pejuang pembebasan yang berkelayakan hendaklah diterima sebagai kakitangan kerajaan.

18. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk pasukan pengaman mengandungi semua pejuang-pejuang pembebasan.

19. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk sebuah pasukan kepolisian mengandungi anggota-anggota pemisah bagi menjadi keamanan dan ketenteraman awam.

20. Mana-mana tuntutan jika ada, hendaklah dimajukan kepada Duli Maharaja untuk mendapat restu dan kelulusan baginda.

21. Semua perjanjian atau dokument bertulis mengenai hal ehwal Selatan Thailand hendaklah mendapat restu dan perkenan di raja.

22. Semua ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Damai hendaklah dilindungi dan dihormati berdasarkan kepada Perlembagaan Thailand.

Pihak Tentera Bagian Empat telah mencadangkan supaya istilah 鈥淪elatan Thailand鈥?ditukar kepada 鈥淲ilayah Sempadan Selatan Thailand鈥?kerana ia bermaksud kepada lima wilayah iaitu Patani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setul. Selatan Thailand bermaksud kepada 14 wilayah.

Cadangan lain ialah Majlis tertinggi pemimpin Islam Selatan Thailand hendaklah ditukar kepada Jawatankuasa Kerja Bersama Perdamaian Wilayah sempadan Selatan Thailand yang mengandungi perwakilan PKRRP dan Tentera Bagian Empat. TBE mencadangkan 4 orang anggota manakala PKRRP mencadangkan 8 orang anggota. AJK ini disebut sebagai JAWATANKUASA PERUNDINGAN DAMAI WILAYAH SEMPADAN SELATAN THIALAND.

PKRRP menerima cadangan ini dengan sedikit pindaan.

PKRRP bersetuju dengan cadangan ini. Teks tuntutan ini telah dipinda dan dimajukan semula kepada Tentera Bagian Empat.

Tentera Bagian Empat kemudiannya mengeluarkan satu dokumen menerima cadangan PKRRP dengan meletakkannya di bawah Decree 66/23. Tetapi anggota-anggota JAWATANKUASA PERUNDINGAN DAMAI kurang perihatin tentang Decree 66/23.

Rundingan seterusnya diadakan untuk beberapa siri. Pada tanggal 26 鈥?28 April 1992, pertemuan resmi telah diadakan di Hilton Hotel International Kuala Lumpur diantara perwakilan Tentera Bagian Empat dan perwakilan PKRRP. Tuntutan 22 Perkara telah dibahaskan selama tiga hari berturut-turut. Pada hari akhir, 28 April 1992, Cikgu Bakar bagi pihak PKRRP dan Brigadier Arkhanik Mensawat bagi pihak Tentera Bagian Empat telah menandatangani perjanjian, yang dikenali dengan nama RESOLUSI LIMA PERKARA.


KANDUNGAN RESOLUSI LIMA PERKARA

BETWEEN

THE REPRESENTATIVES OF REGION FOUR ARMY AND THE COMMITTEE FOR EFFORTS TOWARD PEACE (SUBSEQUENTLY REFERRED AS 鈥淕ROUP鈥? AT 14.00 HOURS 28TH APRIL 1992, KUALA LUMPUR HILTON, MALAYSIA

According to document No.1 Region Four Army, the Committee for Efforts Toward Peace and Region Four Army agree to resolve the terrorist problems using peaceful mean by:-

1. Resolving the internal security of the five (5) Southern Provinces (namely Songkhla, Satun, Yala, Pattani and Narathiwat) by taking them under the responsibility of Region Four Army and the Group 鈥?refer to the Group who
will not drag other country to interfere in the internal affairs of this country and who will not appeal to any other individual or group of individuals or organization to negotiate on their behalf other than the representatives of Region Four Army.

2. Relevant documents brought up by Region Four Army and the Group at this conference are top secret, as such they are not to be distributed or revealed to other party and not to be used as tool for other dealings.

3. Both parties guarantee the safety of each other even during the course of operation in any area.

4. During the meeting, the group must assume control of armed group to stop their hostile maneuver including acts of extortion, seizing of individual for ransom, making threat to any individual and go against the public order.

To fulfill the above requirements the Committee for Effort Toward Peace will deliberate their stand only after getting reply from the representatives of Region Four Army regarding the 22 POINTS DEMAND forwarded by the Group on 18th November 1991 and after explaining the matters to the Group members.

5. To mark this historic moment, the Group agrees to have photograph session and video-taping including voice recording of the signing process at the Joint Conference Room.

Signed by :
(General) 鈥︹€︹€︹€︹€︹€︹€? 鈥︹€︹€︹€︹€︹€︹€?
(Arkhanik Mensawat) (Cikgu Bakar @ Beraheng Yakyerit)
for and on behalf of Chairman, The Committee for
REGION FOUR ARMY Effort Toward Peace

ASAS TUNTUTAN 22 PERKARA

Semua rakyat Patani sedia maklum bahawa TUNTUTAN 22 PERKARA bukanlah berasaskan kepada Tuntutan 7 Perkara yang telah dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Sulong pada tahun 1954. Haji Sulong tidak menuntut otonomi, malah beliau bukanlah seorang pejuang kemerdekaan. Tetapi pihak berkuasa Siam laanatullah, dipimpin oleh Lt. Boonlert Lertpreecha (bersara sebagai Lt. General Police) telah membunuh beliau bersama anak lelakinya, Wan Ahmad.

Di zaman Haji Sulong, tidak wujud pasukan bersenjata atau tentera revolusi atau pergerakan dalam bentuk peperangan gerila di hutan, di desa atau di bandar. Di zaman tersebut, negara jiran kita, Malaysia masih belum merdeka. Pada zaman itu tidak ada sebuah negara pun sama ada dari negara Islam atau Arab mendokong perjuangan Patani.

Pada tahun-tahun 1970an dan 1980an, isu Patani mula mendapat sokongan negara-negara Arab. Aksi-aksi militer ke atas musuh semakin hebat. Namun dengan watak konsevatifnya, pihak berkuasa Siam enggan mengadakan apa-apa dialog dengan pejuang-pejuang kemerdekaan Patani.
Jika ada pun, pejuang-pejuang Patani masih tidak percaya kepada akejujuran dan keikhlasan pihak Siam untuk berdamai.

Apabila berakhirnya era Perang Dingin diantara Uni Soviet dan Amerika Syarikat, gerakan-gerakan progresif juga terpaksa menghulurkan tangan mereka berunding dan berdamai dengan seteru utama mereka. Contoh yang paling jelas ialah PLO yang sekian lama menjadi abang, guru, pendidik dan pendokong revolusi Patani akhirnya menerima tawaran rundingan damai dengan Israel.

Apabila rundingan-rundingan sulit diadakan diantara PLO dengan Israel, kami juga telah didatangi dan dinasihatkan oleh 鈥減ihak-pihak tertentu鈥?supaya mula mengadakan dialog-dialog dengan pihak berkuasa Siam.

Pada mulanya amatlah sukar kami menerima tawaran rundingan damai tersebut kerana polisi Kerajaan Siam sangat bercanggah dengan perjuangan PKRRP khasnya dan BRN pada amnya. Polisi yang ada pada pihak berkuasa Thai ialah polisi 鈥渟erah diri鈥? Bagaimanapun polisi tersebut telah diubah pada tahun 1991 dengan digantikan oleh [polisi baru diberi nama Polisi Perdamaian, berteraskan kepada Decree 66/23 yang telah diperkenankan oleh Paduka Seri Maharaja Bhumibol Adulyadej. Maka dialog-dialog tidak resmi mula diadakan, dan seterusnya kepada dialog resmi.

PKRRP adalah satu-satunya kenderaan yang bisa diketengahkan untuk menghadapi pihak berkuasa Thai kerana organisasi militer ini mempunyai institusi yang lengkap terdiri dari golongan professional yang dulunya adalah tokoh-tokoh ABRIP, GURBAN dan KOGAP. Sebagian dari mereka adalah para menteri dalam kabinet atau Kerajaan Bayangan BRN.

Beberapa pusingan rundingan tidak resmi diadakan di Malaysia. Seterusnya kami dijemput untuk mengadakan rundingan di dalam negeri, yang masih dikuasai sepenuhnya oleh kaum penjajah Siam. Untuk itu, kami telah menggunakan satu strategi yang berbeda. Kami ketengahkan seorang anggota BRN yang kami impot dari Aceh, Dr. Omar Muhammad, untuk berhadapan dengan Panglima Tentera Bagian Empat, Lt. Jeneral Kitti Rattanachaya. Hasil dari tektik ofensif dan defensif itu, kami telah mengadakan pertemuan resmi bertempat di Hotel Wilayah Kuala Lumpur pada 18 Nobember 1991. Dalam rundingan selama dua hari itu, kami telah menyerahkan TUNTUTAN 22 PERKARA. Saya sendiri mengetuai delegasi tersebut.

PROSE RUNDINGAN DAMAI TERJEJAS

Proses perundingan damai ini terjejas sedikit apabila, tiba-tiba saya ditangkap oleh polis rasia Malaysia dan dimasukkan ke dalam penjara ISA atas alasan yang tidak munasabah. [Saya terpaksa menjadikan penjara ISA sebagai Universitas berkembar untuk belajar ilmu hukum. Berbekalkan ilmu hukum itulah, akhirnya (3 tahun kemudian) saya mencabar penahan haram tersebut di mahkamah; dan saya dibebaskan atas perintah mahkamah 鈥?sedangkan ISA itu tidak bisa dibawa ke mahkamah 鈥?dan sekarang ini sedang menuntut ratusan juta atas penahanan haram oleh Pemerintah Malaysia]

PERJANJIAN DAMAI

Beberapa anggota Jawatankuasa Perundingan Damai melarikan diri dari Malaysia karena takut turut dipenjarakan. Bagaimana baki anggota yang kuat semangat dan gigih, berjaya meneruskan pusingan rundingan damai secara sulit dan rahasia Bertempat di Hotel Hilton International Kuala Lumpur, Malaysia, pada tanggal 26 鈥?28 April 1992, proses rundingan berjalan dengan baik. Pada hari akhir, 28 April 1992, PKRRP menandatangani dokumen damai dengan Tentera Bagian Empat secara resmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan