Khamis, 12 Julai 2012

Fakta-fakta menarik yg tidak diambil tahu..


Fakta-fakta menarik yg tidak diambil tahu..
21 Oct 2011, 8:06 am


Kesinambungan bangsa Melayu mempertahankan Islam adalah selalu yang aku harapkan..aku juga juga berdoa agar bangsa Melayu adalah bangsa yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang akan membantu Imam Mahadi memerangi Yaqjuj dan Maqjuj.



Sedih aku bila melihat perangai anak-anak muda remaja kini..masih adakah kesinambungan nya atau akan terhapus bangsa Melayu di telan bumi seperti kaum-kaum yang terdahulu.

Melayu itu Islam..hanya satu-satu bangsa sahaja didalam dunia ini yang mempunyai kelebihan begini yang telah dianugerahkan Allah...Mengapa kamu tidak melihat ini sebagai satu anugerah dan kelebihan kepada bangsa Melayu???

Bilakah Melayu akan sedar...bangun lah dari tidur mu wahai anak bangsaku..sedar lah, cari lah kebenaran dan kau pasti menjumpai nya..Insyaallah.

Tetapi sekira nya apa yg di nukilkan dibawah ini adalah benar, tiada yang benar selain benar-benar belaka..sungguh mendukacitakan aku. Tergamak anak-anak bangsa menggadaikan maruah bangsanya..kerana Melayu itu Islam..

Fakta menarik..

1. Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang canggih, malahan lebih hebat dari kebanyakkan ibunegara dunia yang pernah saya kunjung. Jika ada yang lebih hebat, saya undi Jakarta…saya suka Jakarta.

2. Saya bukan bercerita tentang kecanggihan bangunan tetapi kemudahan komunikasi dan pelbagai prasarana untuk menjalankan aktiviti perisikan, untuk tujuan merancang keganasan dan penyediaan tempat-tempat selamat “safe house”, yang penting sekali untuk masuk ke Malaysia, anda tidak perlu menggunakan visa.

3. Jika anda orang asing terutama bangsa Arab atau Negro, tidak mengapa kerana di sini orang tidak ambil kisah dengan apa yang anda buat, tidak ada sesiapa yang akan menganggap anda sebagai ahli kumpulan militan atau perisik tetapi dengan syarat, anda jangan kacau anak dara orang atau bini orang. Itu pun sebenarnya orang tidak ambil peduli.

4. Selamat datang ke Kuala Lumpur, belajarlah bermain Counter Strike di sini.

5. Dahulu semasa tahun 1970an, agen talam dua muka berbangsa Melayu iaitu Siddiq Ghouse ditangkap oleh pasukan Special Branch (SB) kerana menjual maklumat kepada KGB.

6. Negara komunis iaitu Kesatuan Soviet bercita-cita untuk membuka sebuah hospital mata di Langkawi tetapi projek itu senyap selepas agen mereka iaitu Siddiq ditangkap.

7. Siddiq Ghouse yang merupakan pegawai kepada Tun Dr Mahathir terkejut apabila ditangkap tetapi mengakui SB dari Bukit Aman sangat cekap menghidu aktivitinya.

8. Di antara tahun 1997-2000, kalau tidak silap saya pihak perisikan barat berjaya menangkap seorang agen talam dua muka yang berkerja dengan CIA.

9. Beliau ditangkap selepas mendarat di Brussel melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

10.Sedar tidak sedar, beliau yang beroperasi melalui pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sudah menjual 40 nama agen CIA yang baru direkrut (rekrut kat KL ke???) kepada agensi perisikan Russia, Glavnoye Razvedyvatel’noye Upravleniye (GRU).

11.Kisah tangkapan lelaki ini diceritakan penuh saspen dalam majalah berita antarabangsa seperti Times dan News Week tetapi sayang saya tidak menyimpan keratan kejadian itu.

12.Sebelum itu Timbalan Ketua CIA yang pernah bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Nicholson turut ditangkap kerana menjual senarai nama agen CIA kepada Russia dengan nilai USD 300.000 dengan alasan untuk menyara keluarga.

13. Pada tahun 2000, di satu kawasan setinggan Indonesia di Kuala Lumpur, seorang lelaki Aceh, kalau tidak silap saya, namanya Tengku Don Zulfahri, mati ditembak pada 1 Jun. Selepas disiasat Tengku Don ini merupakan anggota gerila kepada kumpulan bersenjata GAM (Gerakan Acheh Merdeka) dan penembaknya…entahlah, mungkin komando Indonesia atau mungkin pihak dari dalam GAM sendiri.

14.Jika benar ia ditembak oleh komando Indonesia, ini bermakna jaringan perisikan mereka sudah wujud di ibunegara, sudah ada Rumah Selamat atau “Safe House” dan sistem kemasukan dan pemakaian senjata yang tidak perlu diimport dari Siam.

15.Ini pun bukan satu perkara pelik, sudah acap kali saya mendengar cerita bagaimana dadah dan senjata api di bawa masuk melalui peti-peti ikan mentah dan bagaimana pasar-pasar borong di kawasan Selayang menjadi pusat perdagangan bahan-bahan ini.

16.Pada 14 Jan 1998, pemimpin pejuang Patani Selatan (PULO) Haji Sama-ae Shanam dan beberapa orang pengikutnya ditangkap di Kuala Lumpur yang selama ini menjadi pusat gerakan dan mesyuarat kumpulan pejuang pembebasan itu.

17.Dunia juga digemparkan di Kuala Lumpur apabila perancang peristiwa 11 September dari kumpulan Al Qaeda sering menjadi ibunegara ini yang agak “Friendly” kepada orang Arab dan Muslim sebagai tempat bermesyuarat.

18.Orang Melayu memang memandang tinggi pada orang Arab, entahlah, ramai juga yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah, kononnya keturunan ulamak Arab, betulke??? tapi sebenarnya Melayu ini memang sentiasa memandang tinggi kepada produk luar.

19.Agen-agen CIA dan SB Malaysia berjaya mengesan kedudukan lelaki-lelaki perancang utama ini, mereka sering bersantai dalam Cyber Cafe tetapi seterusnya merupakan kegagalan terbesar dalam dunia perisikan barat, mereka terlepas dan insiden 11 Sept pun berlaku.

20.Ok kita lupakan data-data di atas, sebenarnya macam-macam kumpulan ada dalam Malaysia ini, dahulu saya pernah jumpa pejuang-pejuang GAM semasa saya berada dalam tingkatan enam dan bekerja di kawasan limbungan kapal Sembawang, Johor Bahru (saya bekerja tukang buat air) kat kantin makcik saya di Sime Sembawang.

21.Ada dua orang yang menjadi kawan baik saya, dua-dua bagaimanapun saya sudah lupa namanya tetapi mereka memakai kad pengenalan yang mempunyai lambang bendera hijau dengan simbol bulan serta bintang.

22.Dalam kad itu, tertera pekerjaan mereka sebagai : Pejuang.

23.Saya masih ingat dalam keratan akhbar lama, The Sun Herald yang diterbitkan di Syedney, Australia pada Feb 7, 1965, kerajaan Malaysia berjaya menangkap seorang agen perisik asing.

24.Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman, perisik asing bertaraf “Spy Master” itu sedang menyediakan satu kumpulan tentera pemberontak yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan identiti “Master Spy” itu tidak pula didedahkan bangsa atau warganegara mana.

25.Berita itu disalurkan melalui Rueters menyebut, “Master Spy” itu ditangkap di lapangan terbang Kuala Lumpur (masa itu di Sungai Besi) bersama sejumlah wang yang besar dan berita itu menyebut satu kumpulan yang dinamakan “the fifth column” sedang beroperasi, menatang apa tah, den pun tak tahu.

26.Pendek kata, dengan status quo kita sebagai negara Islam yang moderate, mengalu-alukan kedatangan orang luar serta kedudukan Malaysia yang strategik dan penerbangan luar masuk yang banyak, Kuala Lumpur ini boleh disamakan dengan status Switzerland masa Perang Dunia Kedua dahulu.

27.Switzerland masa perang dahulu merupakan negara yang berkecuali dan aman damai kerana tidak diserang Nazi atau pihak berikat.

28.Ia menjadi pusat kepada pelarian, pusat untuk perancangan sabotaj serta perisikan bagi kedua-dua pihak yang berperang.

29.Sekitar tahun 2000 – 2003 juga, kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Tembak pernah digemparkan oleh seorang lelaki Inggeris yang kononnya tersesat di Jalan Tekpi.

30.Jalan Tekpi pada masa itu agak lengang dan merupakan jalan masuk ke Kementerian Pertahanan, sekarang ia sibuk dengan pembina kem transit yang baru.

31.Ada khabar angin menyatakan pelancong orang puteh itu perisik, mustahil ada pelancong sesat di Jalan Tekpi pasal bukan kawasan pelancongan dan jauh dari zoo negara atau KLCC.

WAKIL SENJATA KECEWA APABILA PEMBELIAN SISTEM PERTAHANAN NEGARA TIDAK DIBUAT SECARA TELUS

1. Wakil-wakil syarikat sistem pertahanan senjata di negara ini mahu Kementerian
Pertahanan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatan yang sudah ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit.

2. Isu penawaran sistem latihan Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi “Top Gun” secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini.

3. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan udara Kuantan dan Butterworth bakal menjimatkan wang kerajaan yang selama ini banyak dibazirkan apabila terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan udara Korat di Thailand pada setiap tahun.

4. Penghantaran pesawat dalam jumlah yang tidak diketahui itu sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya.

5. Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia sudah mendahului TUDM, sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.

6. ACMI mula-mula sekali dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepada kecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab.

7. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran udara di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri.

8. Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4.

9. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan mudah dan tidak “glamour” seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan.

10.Pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu.

11.Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.

12.Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik.

13.Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4.

14.”ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia. Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS,” katanya.

15.Beliau berasa kesal kerana pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan olehnya merupakan dari kategori P5 dan tentera udara Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai.

16.”Persoalan sekarang mengapa TUDM sengaja memilih sistem yang ketinggalan zaman. Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat…jadi tidak ada alasan untuk menjadi mahal,” katanya lagi.

17.Beliau mendedahkan negara seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini sudah terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing, di mana AS tidak mahu memberikan “Source Code” pesawat itu kepada TUDM.

18.Kata-kata beliau mempunyai kebenarannya apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya pernah mendedahkan bahawa kuasa besar itu tidak mahu memberikan “Souce Code” pesawat Hornet dan ini menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.

19.Katanya lagi, pemakaian ACMI pada pesawat AS dan stesyen kawalan darat membabitkan
keselamatan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan “Source Code”nya sekali supaya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan.

20.Seorang lagi wakil syarikat dari Korea Selatan yang menawarkan sistem yang sama dari negara itu turut melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan termasuk juga syarikat yang mewakili sistem keluaran AS itu yang seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.

21.Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS tetapi merupakan teknologi yang dibangunkan secara “Reverse Engineering” dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera udara republik itu.

22.”Bukan soal untung rugi yang dipertikaikan di sini tetapi sampai bila soal ketelusan dan kepentingan orang-orang tertentu dalam TUDM dan Kementerian Pertahanan mahu kita sembunyikan,” katanya.

23.”Bayangkan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa kita kena upgrade kepada P5. Syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Tidakkah ini membabitkan pembaziran wang, janganlah abaikan kepentingan negara di atas faktor yang berdasarkan soal keuntungan,” katanya.

24.Beliau mendedahkan pucuk pimpinan TUDM mengetahui akan perkara itu dan tahu TUDM
mempunyai pilihan yang lebih baik tetapi atas sebab-sebab tertentu cuba mendiamkan isu terbabit dan pada masa yang sama memastikan firma lain tidak memenangi bidaan itu.

25.”Saya pernah melihat surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pertahanan, surat itu menyebut, rundingan terus terpaksa dibuat memandangkan TUDM tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik,” katanya.

TAMAT

SEKIAN SAHAJA SEDIKIT FAKTA YANG SAYA TAHU…ADA LEBIH, TAPI TAK BERANI LETAK NANTI SAYA KENA OSA.

Disalin dari: http://www.tranungkite.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan