Ditandatangani oleh Lukman Iskandar bagi pihak BRN dan Jeneral Chalermphol
Charoenying bagi pihak Kerajaan Thailand yang diwakili oleh Tentera Bagian Empat.
[Setelah tujuh bulan bebas dari ISA, beliau menandatangani dokumen damai di atas nama BRN dengan Tentera Bahagian Empat bertempat di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia pada tanggal 8 April 1995. Perjanjian Damai ini mengejutkan semua pihak termasuk kerajaan Malaysia pimpinan Dr. Mahathir yang turut disaman oleh Lukman kerana kezaliman menahannya di bawah ISA.]
Roslee Kartawi
Fri, 29 Oct 2004 04:18:33 -0700
Pada tahun 1991, berlaku perubahan polisi kaum penjajah terhadap tanah jajahannya,
Patani. Pihak pemerintah di Bangkok telah membuat keputusan untuk mengadakan
dailog-dailog menyelesaikan problem di Patani. Beberapa siri konfrensi telah diadakan
secara terbungkus diantara PKRRP dan Tentera Bagian Eampat. Tentera Bagian Empat
meminta Pasukan Komando Revolusi Rakyat Patani (PKRRP) mengemukakan proposal ke arah
perdamaian. PKRRP mengemukan satu proposal yanag diberi nama TUNTUTAN 22 PERKARA.
PKRRP mengemukakan draft proposal yang disediakan oleh sebuah Komiti dibei nama Komiti
Usaha Damai atau Jawatankuasa Perundingan Damai mengandungi 8 orang anggota. Proposal
ini dihantar kepada Tentera Bagian Empat pada 18 Nobember 1991
Isi TUNTUTAN 22 PERKARA
1. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf pembentukan Majlis Tertinggi Pemimpin Islam
Selatan Thailand sebagai badan legislatif dan eksekutif tertinggi di Selatan Thailand
untuk mengambil-alih fungsi dari Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand.
2. Kerajaan Thailand hendaklah segera melantik seorang Gobenor General untuk menjadi
ketua dan mengambil-alih fungsi Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan
Thailand
3. Kerajaan Thailand hendaklah melantik semua governor di lima wilayah dari kalangan
orang-orang Melayu.
4. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi Kedua di
Selatan Thailand.
5. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Islam sebagai Agama Rasmi di Selatan
Thailand.
6. Kerajaan Thailand hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 50 % orang Islam/Melayu
menjadi kaki-tangann dan pegawainya.
7. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk Mahkamah Shariyah di peringkat Wilayah dan
daerah.
8. Semua pembangunan economi hendaklah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Pemimpin Islam
Selatan Thailand.
9. Semua cukai dan hasilan yang diperolehi di Selatan Thailand hendaklah dibelanjakan
untuk pembangunan di Selatan Thailand.
10. Kerajaan Thailand hendaklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib
di sekolah-sekolah di selatan Thailand.
11. Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar sebagai matapelajaran wajib di
sekolah-sekolah kebangsaan Thai kepada pelajar-pelajar Islam.
12. Semua pembangunan sosial hendaklah mengikut prinsip agama Islam.
13. Pelacuran, salahguna dadah dan pusat perjudian hendaklah dihapuskan di Selatan
Thailand.
14. Saluran televisyen dan radio dalam Bahasa Melayu hendaklah diadakan di Selatan
Thailand.
15. Budaya, adat-resam dan adat-istiadat Melayu hendaklah dikekalkan di Selatan
Thailand.
16. Semua pejuang pembebasan hendaklah dibenarkan pulang bersama keluarga mereka tanpa
sebarang rekod jenayah.
17. Semua pejuang pembebasan yang berkelayakan hendaklah diterima sebagai kakitangan
kerajaan.
18. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk pasukan pengaman mengandungi semua
pejuang-pejuang pembebasan.
19. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk sebuah pasukan kepolisian mengandungi
anggota-anggota pemisah bagi menjadi keamanan dan ketenteraman awam.
20. Mana-mana tuntutan jika ada, hendaklah dimajukan kepada Duli Maharaja untuk
mendapat restu dan kelulusan baginda.
21. Semua perjanjian atau dokument bertulis mengenai hal ehwal Selatan Thailand
hendaklah mendapat restu dan perkenan di raja.
22. Semua ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Damai hendaklah dilindungi dan dihormati
berdasarkan kepada Perlembagaan Thailand.
PERJANJIAN DAMAI PERTAMA
Tentera Bagian Empat menghantar cadangan balas, dan bersetuju mengadakan rundingan
resmi. Pada tanggal 28 April 1992, bertempat di Hotel Hilton International Kuala
Lumpur, Ketua Komando PKRRP, Cikgu Bakar telah menandatangani perjanjian damai dengan
Tentera Bagian Empat diwakili oleh ketua perisikannya, Brigadier Arkhanit Mensawat.
Perjanjian ini dikenali dengan nama RESOLUSI LIMA PERKARA yang mencakupi semua
TUNTUTAN 22 PERKARA.
PKRRP cuba mengajak anggota-anggota pergerakan kemerdekaan Patani dari komponen lain
supaya ikut serta dalam proses damai. Bagaimanapun tidak ada sambutan hangat dari
mereka. PKRRP menunggu masa agar semua tuntutana tersebut dilaksanakan oleh pemerintah
Thailand. Oleh karena kedudukan politik yang kurang stabil, proses tersebut tidak
dapat dilaksanakan. PKRRP menuduh Thailand memungkiri janji dan membuat persiapan
untuk kembali ke medan perang.
KEMBALI KE MEJA RUNDINGAN
PKRRP telah dijemput kembali ke meja bundar pada akhir tahun 1994 dan beberapa
pusingan konfrensi diadakan melibatkan pihak tertinggi dalam istana dan pemerintah.
Kali ini, pengasas dan pimpinan tertinggi BRN, Ustaz Karim turun ke gelanggang
permesyuaratan. Pihak istana telah menghantar delagasi meminta Tentera Bagian Empat
dan PKRRP kembali ke meja rundingan dengan berpandukan kepada Dikri (Decree) 66/1980.
Atas decree ini, maka BRN berseuju menandatangani dikumen damai dengan Tentera Bagian
Empat bagi pihak pemerintah Thailand dan bagi pihak Raja Thailand. BRN telah membentuk
sebuah komiti diberi nama Komiti Bagi Usha Damai atau Jawatankuasa Perundingan Damai.
Lukman Iskandar dilantik sebagai ketua delegasi BRN.
PERJANJIAN DAMAI KEDUA
Pada tanggal 8 April 1995, bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan (Malaysia)
BRN telah menandatangani perjanjian damai dengan Tentera Bagian Empat di bawah dasar
negara atau decree 66/1980. Perjanjian ini juga dikenali dengan nama RESOLUSI LIMA
PERKARA tetapi memberi arti yang lebih luas.
PLAN DAMAI BRN
Selepas menandatangani perjanjian damai pada tanggal 8 April 1995, BRN telah membentuk
sebuah komiti untuk merangka PLAN DAMAI. PLAN DAMAI BRN dikemukakan kepada MAJLIS
PRIVI pada 21 April 1995 dan dibahaskan selama beberapa hari dengan anggota MAJLIS
PRIVI dan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. PLAN DAMAI BRN diterima sebagai satu teori dan
falsafah bagi menuju ke arah perdamaian mutlak di Patani.
CAMPUR TANGAN MAJLIS PRIVI DALAM URUSAN BRN
MAJLIS PRIVI mula cuba menjadi juara untuk menyelesaikan isu Patani dengan mengambil
langkah campur tangan dalam ehwal rumahtangga BRN, termasuk dalam usahanya supaya
Amin, yang disingkirkan dari BRN kira-kira 20 tahun yang lalu disarankan agar dibawa
kembali ke Thailand. Majlis Privi juga cuba menjadi juara memaksa BRN menerima
kumpulan penderhaka Ustaz Karim yang menggelarkan diri mereka Kongres ke meja
rundingan; serta juga campurtangan supaya kumpulan serpihan lain dijemput ikut serta.
PLAN DAMAI BRN jelas membuktikan bahawa semua pejuang kemerdekaan Patani diberi hak
secara adil dan saksama dalam proses damai. Campurtangan ini menyebabkan BRN enggan
kembali ke sidang meja bundar.
CAMPUR TANGAN PEMERINTAH MALAYSIA
Malaysia mengambil langkah kurang bijak apabila pihak polisinya memanggil satu
konfrensi memaksa para pemimpin Patani, yang menolak PLAN DAMAI BRN, hadir di satu
sidang sulit pada 7 Juli 1995 bertempat di Kelab Golf Taman Tasik Titiwangsa, Kuala
Lumpur. Rahasia terbocor kepada pengetahuan pemerintah Thailand, termasuk Majlis Privi
dan Tentera Bagian Empat. Protes telah dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia.
Akhirnya Malaysia menangkap beberapa pemimpin yang dijemput hadir itu, kemudiannya
menyerahkan mereka kepada polisi Thai. Malaysia menuduh bahawa para pemimpin
pergerakan kemerdekaan Patani sebagai agen-agen sulit Thai.
KEMATIAN USTAZ KARIM
Ustaz Karim meninggal dunia pada 24 Disember 1996 belum sempat kembali ke Patani dan
belum sempat menyaksikan perubahan arus politik di sana. Kematian beliau menyebabkan
beberapa tokoh berebut-rebut untuk menjadi pemimpin BRN. Diantaranya termasuklah Amin,
yang sedang udur di luar negeri.
STRATEGI & REFORMASI
BRN yang dipimpin oleh pemuka-pemuka BRN tetap berpendirian keras bahawa usaha-usaha
ke arah perdamaian haruslah diteruskan walaupun beberapa pelopor kepada perdamaian ini
sudah pension atau meninggal. Diantara mereka termasuklah anggota Majlis Privi, Ustaz
Karim dan bekas-bekas panglima tentera. BRN berharap pemerintah demokrasi sedia
melaksanakan program-program perdamaian secara bertahap-tahap mengikut kemampuan
pemerintah Thai sendiri. Manakala BRN sendiri membuat beberapa reformasi, agenda dan
strategi baru bagi menghadapi program damai. Ia akan bergantung kepada situasi politik
serantau khususnya situasi di Aceh dan Mindanao.
Roslee bin Kartawi
Mobile: 6-016-3162141
Tel: 6-03-21424768
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya)
kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan
untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nur:35)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan